LIFE DI PLKN (●*∩_∩*●)



                                                                  Assalamualaikum ...

setelah sekian lama tak update blog , sekarang nak sambung balik hobi lama . heukheuk :) aku dah balik PLKN rituh since 17/3 lagi , cuma saja malas nak update blog . nak relax relax dulu kat rumah kononnya .
jadual harian kami lebih kurang cenggini lahh , kecuali jumaat dengan sabtu . kalau hujung minggu tuh , kami lebih banyak spend masa dalam dorm , ada yang tidoq , ada yang basuh baju , ada yang borak borak , ada yang main phone( aku lahh tu :D ) dan macam macam lagi laa . kalau time lawatan keluarga tuh , kalau parent aku takmaii . aku pi lahh menumpang kasih dengan mak orang * tak boleh blah * , pi makan makan , kenaii kenaii dengan family orang . sejak aku dok situ , parent aku mai dalam 2 minggu sekali laa . kalau dah mai tuh , mesti aku order macam macam xD

4.30 pagi
selalunya time nih , aku dengan geng2 aku dah bangun dah . saja kami bangkit awai , mandi mandi . lepastuh tidoq balik . hehehe . kalau bangkit lambat , ayaq tak berapa nak ada sangat . maklomlahh 300 lebih orang lagi nak mandi . kena pandai pandai set time lahh . tapi , kalau mandi tuh memang menggigil lahh awai awai tuh . dah ayaq tuh mai dari gunung jerai . mau tak sejukk !

5.30 pagi
time time macam nih , akan ada lahh cikgu cikgu buat announcement BANGUN ! BANGUN ! BANGUN ! WIRA DAN WIRAWATI MUSLIM ! SIAPKAN DIRI ANDA UNTUK SOLAT SUBUH BERJEMAAH ! . lebih kurang camnilaa pengumuman pagi pagi . cuma kalau time cikgu Abu duty , dia announce lain sikit . kadang kadang dia buat suara seram laa , suara lawak laa pagi pagi .kesimpulannya  macam macam suara lahh dia buat . dia memang funny sikit . even dia cikgu unit disiplin .

6.30 pagi
lepas solat subuh tuh , teroih pi padang kawad . selalunya pakai full loreng lahh . time nak ikat kasut tuh aku paling menyampah gila gila bila pakai loreng . hmm .
time time camnih , akan ada perhimpunan harian macam dekat sekolah tuh . cuma bezanya dekat sekolah pukui 7.30 . kalau PLKN 6.30 . gelap toksah kira laa . bintang pun dok ada lagi :D 
lepas habis nyanyian apa semua tuh , kena buat PT pagi macam senamrobik atau senam seni . part nih yang aku paling suka . sampai dah boleh hafaii step pun yang senam seni tuh sebab selalu buat . yang senamrobik jarang jarang buat sangat .

7.30 pagi
sarapann ! kadang kadang makan soto ayam , nasi lemak , nasi goreng , bihun sup , mee goreng , bihun goreng , kuetiau goreng/sup . yang paling ramai suka time sarapan nasi lemak lahh . sapa tak suka kan ? yang part sup sup tuh , aku tak berapa berkenan sangat bila makan pagi pagi . baik makan maggie goreng okay lagi . tambah tambah , kuetiau pulak time sarapan . hmm , memang tak ahh

8.30 pagi
as a ketua dobi , * konon nak habaq* . aku nak kena handle benda yang berkaitan dengan dobi dulu sebelum masuk kelas . rutin memang camtu ahh . nak make sure anak anak buah ikot duty . kadang kadang kena peringat sampai banyak kali .

9.00
masuk kelas . aku macam biasa masuk kelas merbok . ada cikgu rizal , cikgu su dengan cikgu fasiha . tapi 2 minggu sebelum kami nak balik tuh , cikgu rizal takdak :') . sebab dia join askar wataniah sebulan . tak sempat jumpak dia .

10.30
minum pagi . selalunya diorang bagi sorang 2 kuih ja . tobat aku tak kenyang ! dah aku kui gemokk . kena makan banyak . kadang kadang tuh , bila orang dah habis ambik makanan semua . aku dengan kawan kawan aku pi buat muka tebal ambik kuih untuk second trip . abaikan jaa apa orang kata time tuh , asal perott kenyang :D

11.00
masuk kelas balik :)

12.30
makan tengah hari . selalunya time tengah hari depa jamu ayam/daging . malam depa jamu ikan. tapi cara masakan dia tak sama laa hari hari . kalau hari nih kari ayam , esok ayam masak merah dan seterusnya . apa susah , boleh tengok menu jaa . cikgu kat situ cakap , menu dengan sukatan gula /garam dalam masakan tuh sama jaa semua kem sebab ikot menu yang disediakan kementerian kesihatan :)
lepastuh pakat pakat pi surau buat preparation untuk semayang zuhur .

2.30-4.30 petang
kadang kadang ada kelas again ! atau kadang kadang ada latihan fizikal . takpun ada kawad kaki ! . herher .

4.30 petang
minum petang . macam minum pagi jugak . just dibekalkan dua kuih sahaja dengan air apa apa yang pakcik/makcik katering bancuh . kadang kadang aku buat jugak ambik makanan trip kedua nih ., hewhew
lepastuh , pi surau dan prepare untuk solat asar

5.30 petang
riadah !! budak laki majoriti main sepak takraw , bola , bola tampar . dan ada gak yang duk saja . budak pompuan pulak , ada yang main ala ala bola jaring , main bola beracun , ada yang gosip gosip bawah pokok ada yang join senam seni 1 malaysia . depends laa nak buat apa time tuh . macam aku , kadang kadang aku makan ais krim sambil gosip gosip bawah pokok . kadang kadang aku join senam seni ! ikot kerajinan :D 

6.30 petang
makan malam time !

7.20 petang
berkumpul untuk kira kekuatan and then berjalan ramai ramai ke surau untuk solat maghrib dan isyaa

9.00 malam
ada roll call . cikgu pesan perjalanan aktiviti untuk keesokan harinya .

10.00 malam .
supper time !

11.00 malam .
okay ! time nih semua wajib padam lampu . tak kesah laa hang tidoq ka dak , lampu wajib padam . time nih cikgu tak bagi keluaq dari dorm . duduk jaa dalam dorm tuh senyap senyap .







No comments: