Kokurikulum PALAPES

Haii. Dah lama oii tak bukak blog. Dua tahun kot! hahaha terlajak usang dah blog ni. 
Last entry two years ago konon nak update pasal life kat uni lah kann. Tapi sampai ke sudah Tak. Series memang tak teringat langsung kata aku ada blog. Nak kata busy tuu sikitlah tapi masa tidoq tuu sentiasa terjaga hiks. Ini punn teringat balik sebab ada intake baru kat uni kebetulan dia baca post kat blog ni haaa. Teruih bukak balik. Aku sendiri punn tak ingat kata ada cerita. Okeylah mukadimah pun dah panjang sangat ni.

Nak cerita lah sikit. Aku ni salah seorang kadet palapes. huhu. Bila cerita kat orang apa palapes tuu ada yang tau ada yang dok blur blur apadiaa tu. Biasa dah macamtu. Sebenarnya palapes ni singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan. Under kor Wataniah. Tak adalah lasak sangat macam askar regular tu. Standard untuk pelajar universiti lah. Masuk sem depan i'm gonna be senior * angkat kening. hahahaha tak habis lagi baru masuk tahun ketiga menghadap semua ni. Oh yaa lupa nak habaq. Ceq palapes UUM naaa. Nanti kot kot laaa perlukan bimbingan nasihat ke apaa boleh habaq mai. Padahai diri sendiri pun dok mental kekadang 


Kalau nak cerita pengalaman time junior intermediate sepanjang dua tahun tu memacam suka duka pahit garam dok ada. Sampai esok pun tak habis wehh. Cuma aku harapkan dapatlah teruskan sisa sisa yang ada ni dengan sebaiknya. Tipulah kalau cakap takde rasa nak quit semua tu. Ada. Tapi alhamdulillah masih diteruskan sampailah sekarang.

Melalut lagi biasalah lama tak menaip macamni. Okey untuk universiti awam majoriti akan ada kokurikulum Palapes ni. Dalam palapes ni pulak akan ada pecahan kepada tiga servis iaitu Army(Darat) , Airforce(Udara) dan Navy(Laut). Pentadbiran berlainan ikut servis. Dalam setiap servis pulak akan ada tiga peringkat iaitu Junior(newbie lah lebih kurang) , Intermediate(pertengahan) dan Senior. Semua servis latihan dia tiga tahun bersamaan 6 sem. Kalau ko k lain takat 4 sem jaa dah habis. Palapes dgn Suksis (Polis) je lain sikit. Sebabnya lepastu kita ditauliah sebagai Lefetenan Muda oleh Ydp Agung. Dapat 1 bintang kat bahu. Kalau berminat lagi boleh teruskan kerjaya askar sebagai Pegawai Muda. Yang ini aku tak pasti detail dia nanti boleh tanya jurulatih kalau berminat.

Yang aku cerita ni pun maybe lebih kepada servis aku lah. Palapes Darat. Okey untuk latihan dan elaun sama je setiap servis(army , navy , airforce).  

Latihan = 2 kali seminggu (Jumaat , Sabtu). 12 hari je latihan tempatan bersamaan 6 minggu. Selalunya kalau dekat UUM ni palapes lah yang habis paling awal antara semua dan suksis paling lambat. Sebab apa cepat ? sebab apa lambat ? sebabnya ko k lain latihan diorang sehari je. palapes ni kena bekorban waktu cuti lebih sikitlah sebab dua kali seminggu. Okey itu bab latihan.
Untuk bab elaun pulak sehari latihan Rm60. Latihan 10 jam. Start 7 pagi sampai 5 petang. Korang kira lah sendiri cane ni untuk latihan tempatan je yang 12 hari tu untuk satu sem. Ada lagi latihan berterusan (1 minggu setiap sem) dan latihan lanjutan (dua minggu- setahun sekali).Semua latihan semua ada elaun. Sebab tu set set palapes ni kayaa sikit bila elaun masuk. Selalunya elaun ni masuk hujung hujung sem time ptptn dah tinggal nyawa nyawa ikan. Jadi takdelah nak menyusahkan mak bapak kan? Sekali masuk elaun ada lah dalam 1k +- selaunyalah. Tak menentu jugak amaun dan waktu dia nak masuk. Jadi pepandai laa berjimat cermat yaa :) Kalau nak tau lebih detail pasal elaun ni boleh tanya jurulatih dan senior memasing nanti.

Selain tuu, keistimewaan lain join palapes ni disediakan elaun pakaian dan makanan. Kalau pakaian dari hujung rambut sampai hujung kaki disediakan. Tudung , baju loreng , baju no 3 , sweater dll semua disediakan. Alatan beg poches backpack mestin semua depa bagi. Kasut pun banyak jenih depa bagi oii hahaha. Drill boot , spike boot , kasut suka , kasut tumit(kasut baju no 3). Stokin even underwear punn semua di'issue'kann hahahaha. Betui ni tak tipu. Free ja. Memang banyak takat barang depaa jaa. Nanti dapat jaga leklok. Kalau hilang , tak pasai kena ganti. Ingat tau. Yang nak kena bayaq punn untuk buat nametag loreng , disc , dengan nametag ala ala cikgu tu. Tapi tak mahal pun benda tu. Berapa laa sangat nak banding dengan elaun yang dapat tu.
Settle bab pakaian sambung bab makanan pulak. Untuk latihan dua hari tu makanan disediakan oleh cookhouse dalam markas palapes tu sendiri. Makan tiga kali. Pagi , Tengahari , Petang. Nampak tak penjimatan kat situ? Makanan pun free hang nak apaa lagi? hahahaha. Selalunya menu bertukar tukar. Bukan sama tiap tiap minggu. Kalau cookhouse palapes uum punya , diorang masak sedap weh! series tak tipu. Sampai ada budak palapes tweet dekat confession kata nasik ayam kak situ masak sedap. hahahaha. Kalau students lain kalut nak cari , fikir nak makan apaa. Yang kami ni rileks jaa tak gaduh keluaq duit pun. Lauk selalunya dua jenis macamtu lah untuk makan tengahari dan petang. Buah pun ada sekali. 

Emm lagi nak cerita apaa eh ? buat apa 10 jam tu ? 

Okey kalau sesapa yang pernah join PLKN tu. Flow jaaa dia lebih kurang je. PT(Physical Training ) , Makan , Kelas , Makan , Kelas, Makan, Balik. Begitu je hahahaha simple kan. Selalu orang dok ingat palapes ni sesikit kawad, sesikit kawad. Ehh tolong sikit eh tak banyak sangat pun kawad k. Time junior dulu ada lah 4@5 kali je kena kawad. Time inter pun lebih kurang tapi lebih sikit. Nak banyak kawad ni bila korang dah masuk senior part 2 hah. Time tu kawad jelah cerita dia. Yelah sebab nak ditauliahkan oleh Agung kan kenalaa kawad leklok. Bawak nama uni kan. Time tu nanti kalau muka jadi dayang pun sanggup eh tak lama dah nak pakai Lt.M lepastu habis. Kalau rajin nak sambung , sambunglah kot nak jadi Kapten kan hiks.
Kelas tu nanti jurulatih akan ajarlah memacam ilmu askar ni kat kita. Contohnya ilmu medan perang ke baca peta ke. Begitulah. Kelas pun takde lah dekat tengah panas ke apa. Ada bilik siap ada air cond lagi. Takpun dekat memana yang jurulatih suka. Kekadang dia bawak duk kat astaka laa apaa dekat bawah pokok lah. hahahah janji belajar. 

Sebenarnya palapes ni tak adalah menyeramkan seperti yang disangka. Aku sendiri dah alami. Yang penting mental kena kuat. Kalau mental tak kuat sesikit rasa nak quit. kena marah nak quit , kena pressure sikit nak quit .lepastu menyesal. Sebab ada kawan aku macamtu. Dah quit baru rasa menyesal. Padahal tak lama lagi nak hadap.  Kekadang jurulatih ni saja je test bagi kita cuak padahal diorang nak tengok kita mampu ke tak. Physical pun kena jaga juga. Tapi kalau tak mampu @ tak sihat diorang tak paksa pun. Diorang pun takde nak ragging kita teteruk sebab kita pelajar universiti bukannya askar regular. Macam askar hujung minggu je kita ni haaa hahahha.

Tapi series best palapes ni bila ingat balik pengalaman apa semua yang aku dah lalui. Nanti next entry nak cerita pasal pengalaman , sebab aku yang sangatlah lemau ni pun boleh terjebak masuk palapes yang orang kata lasak tu. Ehh gambar takde ke nak upload ni? Nantilah sambung cerita lagi. Kang jemu baca panjang panjang. Doakan aku berjaya tempuhi senior year ni! Insyaallah 

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, boleh ke kalau nak join palapes masa sem 3 ? agak2 mereka dpt pertimbangkan tak ? actually mmg dah try masa sem 1 tapi kena reject sbb 'rabun'. yes 1st batch yg tak terima rabun. ramai jugak yg terkejut. but only in uum. uni lain terima je rabun. saya nakkkkk sgt masuk palapes. saya punya nak tu sampai sanggup buat laser mata berhabis duit utk hilangkan rabun. sbb tu nak try lagi masa sem 3 nanti. mohon penjelasan sikit kalau awak tahu. siapa patut saya jumpa utk bincang hal ni?

Unknown said...

Assalamualaikum,kak. Saya nak tanya, barang apa yang kita kena pulang kan? Baju, seluar, barang2 tentera kita kena pulangkan balik ke? Harap akak baca. Saya sebenarnya lama dah minat nak join PALAPES ni. Doakan saya diterima masuk ye. 😁

Unknown said...

Assalamualaikum,kak. Saya nak tanya, barang apa yang kita kena pulang kan? Baju, seluar, barang2 tentera kita kena pulangkan balik ke? Harap akak baca. Saya sebenarnya lama dah minat nak join PALAPES ni. Doakan saya diterima masuk ye. 😁

Unknown said...

Akak klu bgi yg lelaki kene potong rambut botak ke klu palapes ni