Sebenarnya ramaiii member member yang tanya aku.
'Pasaipa haaa hang masuk palapes ?'
'Wehh ganaih kot latihan biaq betoi hang ? '
'Hang mampu kaa? Askar kot! '
Dan macam macam lagi. Depa macam aneh bila dengaq aku masuk palapes. Mungkin sebab masa sekolah dulu aku kategori " budak tak aktif " , budak yang depa nampak lemau lembik tetengok nah. Sebab bagi depa palapes tu macam tak sesuai langsung dengan perwatakan aku. hahahaha
Harini nak share la punca " kenapa " aku boleh ter'masuk' dalam benda ni
1. KAWAN
Ya Kawan. Masa awal daftar uum aku dah register dah suksis. Tetiba masa orientasi kawan aku sorang ni hah ajak pi teman dia daftar palapes kat booth belakang dewan sebab background family dia pun majoriti askar. Aku follow jelah. Tengok dia isi borang semua. Ada seorang y/o tu Lt.M Rizal hahahaha aku ingat lagi dia mai kat aku cerita serba sikit and aku macam tertarik. Terus amek borang and pegi medical check up next day yang pada hari sama interview suksis! hahahaha cepatt berubah fikiran. Yang tak bestnya time junior part 1 lagi kawan aku yang ajak masuk palapes tu quit,Tak tahan dengan latihan. Tinggallah aku sengsorang waktu tu. Nasib aku berjaya survive sampai sekarang. Hopefully till END.
2. MINAT
Kalau pernah baca entry aku bertahun sebelum ni. Aku pernah masuk PLKN. Dan dari situ aku start slow slow sukakan aktiviti lasak. Tapi bab joging dok malas serupa tu gak! hahaha okey itu tak lasak. Aku jadi tak berapa gayat suka panjat panjat semua ni. Yang macam aktiviti lasak kat escape park tu hah memang aku berkenan betoi tp nervous tuu tipulah kalau takdak kan.
3. ELAUN
Ini pun salah satu jugak. Tipulah kalau aku cakap aku masuk bukan sebab duit. Yes aku mengaku sebab background family aku sendiri pun bukanlah orang senang dan aku sendiri anak sulong. Adik adik semua sekolah lagi. Jadi aku fikir bila aku join ni dapatlah macam kurangkan beban ibu abah aku. Walaupun dapat ptptn tapi biasalah tak cukup jugak kekadang. Nak mintak parents rasa serba salah sebab fikir diorang pun bajet untuk makan , adik adik tambah adik aku sorang tu belajar institut apa entah. duduk rumah sewa elaun dia dapat 300 sebulan. mesti lah dia pun tak cukup dan terpaksa minta kat ibu abah. Nak kerja pun jadual memang pack dari pagi sampai petang. Full Time Students kan. Hujung minggu ni spend time dengan palapes aje lah dari duduk saja apa pun tak dapat. Dan aku pulak jenis tak pandai berniaga. Lagi laaa susah hahaha.
4. PENGALAMAN
Salah satu benda yang aku cari adalah pengalaman, Manatau pengalaman yang aku dapat dalam join palapes dapat share ke anak cucu. Boleh teringat balik macam mana survive dalam hutan , kena kejar kena itu kena ini hahahahahaha.Pengalaman kan tak dapat dijual beli. Lagi banyak pengalaman lagi bermakna hidup kitaaa. Ye dakk? Orang awam tak dapat wehh apa yang kita dapat. Memacam suka duka lara pahit masin pengalaman ada. Bila teringat balik dok senyum gelak jaa dengan kengkawan.
5. DISIPLIN
Ini adalah salah satu sebab jugak. Bukan nak kata aku ni tak berdisiplin huhu. Tapi apa yang aku cari adalah untuk bentuk disiplin dalam diri aku. Bentuk keperibadian keyakinan semua tu lah. Aku kan jenih pasif , tak menonjol. Sampai bilaa nak jadi macam tuu kan? Aku pun nak berubah untuk diri sendiri. Takkan sampai bebila nak ditakuk lama kann?
6. MORAL UP & ABAH
Yaa last point. Moral up tu adalah. Rahsia. Hahahahaha
He's my senior dan dah tauliah pun and he's the one yang macam aku tetiba mental , sedih , dok mengadu rasa stress nak quit apa semua. Dan dialah yang selalu bagi semangat. Suruh teruskan. Jadi macam dia one day Lt.M. Ada lah ayat dia walaupun menyakitkan hati dengaq huhuhu tapi dia lah yang selalu support. Jadi kalau rasa down ke apaa. Find someone yang boleh support untuk teruskan perjuangan dan bukan support untuk mengalah k.
Abah. Hahahaha ni aku pun baru tau sebab tu letak last point sekali.. Ada satu ketika tu aku memang down gila ada lah masalah sikit memang kawan rapat macam terkejut bila aku cuba tanya pendapat kalau aku quit. Time tu memang aku dah tawaq hati gila taktau nak kata apa. Tinggai tunggu nakpi jumpak jurulatih then habis semua. hahahahha tapi tak jadi. Sebab abah aku lah hahahahaha. Tidaknya abah aku macam tak kesah pun aku buat apa masuk apa semua kann. Tapi bila ibu aku sampaikan kata aku dok fikir nak quit tuu terus dia memarah. Aku pun heran gak. Dan baru aku tau abah aku macam suka aku masuk benda ni. Abah aku dulu apply askar tapi tak dapat maybe bila dia tengok anak dia masuk ala ala askar ni macam dia seronoklah. huhuhu tak sangka. Tak apalah bekorban sikit kan.
Ya aku masih stay sampai harini pun sebab mereka. Abah dan moral up. Thanks to them. Love