dapat salah , tak dapat pun salah .


                                                                   Assalamualaikum ..

kemarin , aku tengok kat twitter sapa entah . dia siap post borang plkn bagi lagi . aku pun terfikir jugak , asal dia dah dapat borang . tapi aku tak dapat lagi nih . bila cheq kat internet memang nama aku pun untuk kem 1 tuh . nak bagi sedapkan hati , aku rasa maybe posman tuh cuti kot .

hari nih , aku dapat call dari kfc . dia suruh pi masuk kerja . aku pun habaq ahh tak boleh sebab lagi berapa hari dah nak pi plkn . padahaii surat tak dapat lagi pun . dulu gatai sangat pi transfer aku dengan zera pi kfc cs , last last terima kami balik . herrr ' dah terlambat lahh pakcik .
lepastuh , zera tanya aku pasai plkn tuh . dia kata komfirm ka aku dapat plkn nih . disebabkan was was aku pun cheq sekali lagi guna laman web tuh .

bila cheq balik . ada something lain dekat situ . sebelum nih yang aku cheq macam aku post dekat previous entry dulu , takdak alamat rumah . sekarang dia letak alamat pulak . masalahnya alamat yang dia letak tuh bukan alamat rumah aku sekarang . alamat kampung nuhh . maybe dia ambik dari IC aku kot . sebab IC aku guna alamat umah tok aku . patot lahh surat tak sampai sampai . yang menjadi masalah sekarang , rumah tok aku tuh takdak no rumah . orang kat situ kenaii nama jaa . lepastuh diorang tunjuk lahh umah yang mana 1 kat posmen . tok aku pulak cakap , posmen yang selalu hantaq surat la nih posmen baru . komfirm surat tuh tak sampai kat aku punyaa . aku dah lama tak duduk kat situ . orang orang kampung gamaknya dah lupa kat aku maybe . lagipun dekat situ ramai orang nama aqilah dengan azhar . okay , entah lepas kat aqilah atau anak azhar mana gamaknya surat aku tuhh >.<

lepastuh , aku call JKLN tuh . mula mula call dia suruh buat surat rasmi . tak ke pasai nak buat surat rasmi pulak . dah lama aku tak practice buat surat lepas SPM nih . lepas tuh , aku call sekali lagi sebab time tuh kepala otak aku berserabut sampai taktau nak buat apa . lepastuh orang lain pulak angkat . dia suruh faks alamat dekat dia . dah laa aku tak reti faks faks nih . ingat aku duduk office ka apa . -,-'
last last aku suruh ibu aku call . yang nih pulak suruh print borang dekat laman web dia . haaa , okay lahh tu .
dah laa tinggai seminggu nak buat preparation pun . memang duk kalut laa nih . esok , aku ingat nak balik kampung . nak pi tengok sama dak borang aku dengan borang kawan aku . dekat sini pun sorang kawan aku takdapat plkn . kesian kat aku . hukhuk ~ . ~ . depa bagi keutamaan kat orang kampung kot . maklumlahh alamat IC aku guna alamat kampung . boleh stress aku kalau macam nihh

3 comments:

nur amlia ashikin said...

Erm ape yer no jkln tuh ..surat sy pun xsmpai rumah lgi ni .adesh

nur amlia ashikin said...

Erm ape yer no jkln tuh ..surat sy pun xsmpai rumah lgi ni .adesh

Anonymous said...

Saya nak tanya . Surat awak tu salah . Awak buat pertukaran alamat . Atau awak just download borang borang kat situ ?