kelas MERBOK !



                                                                  Assalamualaikum ..

sekarang nak cerita pasai kelas pulak . setelah pembahagian kumpulan aku dapat kelas merbok . heh ? dah laa nama tempat merbok kelas pun merbok jugak . semua ada 6 kelas . semua kelas depa bagi siap siap nama burung . nasib baik aku dapat 1 kelas dengan aquilah dan aisyah . fifah dapat kelas merpati tak silap . cikgu kami time tuh cikgu ryzal , cikgu su dengan cikgu fasihah . semua cikgu sporting habis ! .

untuk modul 1 , aku dapat group ais kacang . actually kami yang bagi nama ais kacang tuh . dalam group nih pulak , sorang pun aku tak kenaii . nak tak nak kena make friends . masa perkenal diri tuh macam apa lagii . tak perlu kot aku cerita . tapi dalam group kami nih ramai lelaki laa . perempuan ada 6 orang jaa . yang lelaki comel comel pulak tuh . dalam banyak banyak group aku join , group ais kacang paling best ! sebab semua 1 kepala . even kami semua tak pernah kenaii pun . kalau aktiviti apa pun kami selalu menang . sampaikan cikgu kerja sebut nama kumpulan kami jaa . mau tak bangga ! haha :D
tapi tak dinafikan yang perjalanan kelas macam budak tadika .( macam aku besaq sangat ) apa apa pun best ! masa main passing bola antara laki pompuan . tetiba aiman baling bola kat aku . aku pun terkejut gak ahh . aku tak expect pun dia nak baling bola kat aku pa benda . banyak lagi budak pompuan dalam tuh . dah laa dia comel pulak tuh . budak kelantan katakan ... bila sampai turn aku passing bola kat budak laki pulak , aku pi depan raj , kasi bola kat dia . tetiba ramai pulak yang bersorak time aku bagi bola kat dia . dok sebut ' ceyyy ' , ' peeewiiiit '  apa kebenda taktau . maybe raj ramai admire kot . lepas dah terima dan kasi bola tuh , kena tunjuk pulak orang yang bagi dan orang yang terima bola . sampai bersilang tangan aku sebab raj dok hujung sana , aiman pulak dok hujung sini -,-

modul 2 pulak , aku dapat group baru . kali nihh group spagetti pulak . mula mula tuh nak kasi nama group cekodok , tapi cikgu macam tak kasi jaa . kali nih aku tetiba rapat dengan zati . sebelom nih kami duduk dalam group ais kacang pun , kami tak rapat sangat . kami start rapat masa dekat surau rasanya . sampailaa sekarang . lagipun birthday kami sama . 21 march ! ada lagi yang sama birthday dengan aku kat situ macam yuen , zati D , zati A , siti , dengan asilah . setakat yang aku tau 5 orang nih ja laa sama birthday dengan aku . maybe ada lagi yang aku taktau . tapi yang menariknya , aku dengan zati nih lahir dekat hospital yang sama , tarikh yang sama , cuma dia lahir pukui 10 , aku pulak pukui 11 . mesti kami dua ada berjumpak dalam bilik baby tuh , cuma time tuh taktau apa apa . kira dia tua sejam laa dari aku . lagipun kami dua ada chemitry ok . masa cikgu buat aktiviti nak tengok sama ada aku dengan dia ada chemistry ka dak melalui gaya kami dua . tengok tengok 3 gaya yang kami buat sama . padahaii kami tak bincang pun nak buat gaya apa . that's we call chemistry . lagipun zati nih jenis yang gila gila . dia ada bakat berlakon sebab dia berlakon harituh untuk kompeni dia . dia kompeni D aku kompeni B . perangai dia ada laa sikit nak sama dengan perangai zana . gaya pun dah nak dekat sama . dua dua kecik + pakai spek ! , haaa , yang time kena menjugel guna 3 biji bola macam badut tuh . aku lagi sikit nak terra . aku baru boleh buat sampai step 5 jaa . lagi 2 step cikgu suruh praktis sendiri .

berbalik pada group spagetti . seriously , group tuh paling boring dan paling buat aku down . semuanya sebab takdak kerjasama . harap budak pompuan jaa buat semua . budak laki pakat goyang kaki . cuma mizan tuh ada laa bagi idea sikit sikit . yang ketua kompeni C tuh paling buat aku sakit hati . aku dengan zati memang anti gila ahh kat dia . biasa ahh , kami sehati sejiwa . aku suka nichkhun , dia pun suka jugak . aku suka JJ , dia pun suka jugak . dah macam kembaq aku rasanyaa . bukan sesaja kami anti dia . dia kena ada geng dia , baru dia boleh bagi kerjasama . kalau dak habuk pun takdak . jenuh laa kalau nak ikot geng wehh .
habis modul 2 , kami kena transfer ke kelas tiong . elok elok duduk dekat dengan dewan makan kena pi duduk dalam kelas yang paling jauh pulak tuh . erghh . cikgu pun bertukaq jugak . * sedih *
.
untuk modul 3 nih  pulak , aku 1 group dengan zati lagi . modul nih pasai perniagaan . kali nih aku dapat 1 group dengan aquilah and aisyah . dalam group nih jugak ada orang yang kami dua anti tuh dan ketua kompeni B , paan . tetiba orang yang kami anti tuh boleh bagi kerjasama pulak . siap bagi idea lagi macam macam . bukan apa , sebabnya ada kawan dia kimi a.k.a cabai dalam tuh . nampak sangat dia kena ada geng , baru dia boleh bagi kerjasama . lepastuh tetiba orang yang aku anti tuh cakap kat aku yang aku yang aku syoq kat cabai . ehhhh ! elok elok sikit nahh . aku tengok pun dak kawan dia tuh . heh ?

modul 4 pulak , aku sekali lagi 1 group dengan zati . yey ! kami tak dapat dipisahkan walaupun berlainan kompeni dan dorm . cuma rapat dalam kelas ja . tapi seriously , walaupun kami baru kenaii . aku macam dah boleh cerita masalah aku apa semua kat dia . dia pun macam tuh jugak . asal tetiba aku boleh percaya kat dia ek ? sebelum nih aku susah sikit nak percaya kat orang . hewhew . modul kali nih majoriti ramai tak berminat . baik aku tulis teroih terang laa . modul kali nih pasai seksualiti and seangkatan dengannya . nasib budak budak laki kelas aku baik baik belaka . takdak yang miang atau excited terlebih . bila cikgu terang jaa semua pakat buat muka mengantok . termasok aku !! :D modul nih jugak kami kena banyak berlakon . siap buat skrip sendiri lagi . boleh aku apply jadi pengarah drama lepas nih . hohehhoheh . nak dijadikan cerita , aku dapat 1 group again dengan aiman . lepas tuh , setiap group kena hantaq wakil untuk berlakon . tudiaaa . tetiba aiman ajak aku pi berlakon dengan dia . ehh ! biaq betoi mamat nih . aku actually loya tekak bila tengok skrip . nak bersayang segala macam orang bercinta . memang just berlakon jaa . tapi aku takmau ahh , takot terpikat . teroih aku geleng . lepastuh dia pi berlakon dengan zati . aku pulak jadi tukang baca mukadimah . at least aku keluaq jugak okay !
tapi yang paling pelik tuh , dalam banyak banyak budak pompuan dalam kumpulan kami . dia selalu sebut nama aku ja kot . even zati yang sebelom nih pernah 1 group dengan dia pun dia boleh lupa nama apa . maybe perasaan aku ja kot .

lepas tuh cikgu buat aktiviti pulak . aktiviti nih lebih kurang main usha usha laa . budak pompuan buat bulatan kat tengah , budak laki pulak buat bulatan dekat belakang budak pompuan . lepas tuh tetiba cikgu suruh kalih belakang mengadap budak laki . kira orang yang bertentangan dengan aku tuh , dia laa partner aku . tengok tengok nahhh . aiman lagi ! . tak silap aku dia duduk belah penjuru sana tadi . masa bila dia boleh mai duduk belakang aku taktau . mula mual tuh , aku ingatkan aku dengan mizan . mizan kira okay laa sebab muka dia ala ala profesor sikit . takdak gabai sangat . bila dikira kira balik , okay aku dengan aiman . redha ja lahh .time tuh jugak cabai yang duduk sebelah aiman menyibok .cabai time tuh partner dengan aquilah . tetiba dia kata comey laa gambaq hang qilah . automatik semua pakat tengok gambaq aku yang ada dekat name tag tuh . aaaaa sudah ! teroih aku kalih belakang name tag tuh.
lepastuh cikgu suruh budak pompuan start dulu usha atas bawah partner masing masing dengan buat muka serius . aku pun usha laa seperti yang disuruh . tapi aku takleh nak buat muka serius time tuh . rasa nak tergelak pun ada . aku time tuh boleh usha dia sambil nak tergelak . tapi dok control lagi . bukan sesaja aku nak gelak okay . takdak ahh , muka dia blushing gila . siap cover muka dengan buku lagi . masa bila dia pegang buku pun aku taktau . tapi memang dia malu terok ahh . aku usha gitu gitu ja laa . kesian kawan malu . muahahaha
tak lama lepas tuh time budak laki pulak balas dendam .




No comments: