ragam B2



                                                                Assalamualaikum ...

selama sebulan aku share dorm , share toilet share makanan dengan bebudak B2 nih . macam macam jenis perangai laa aku jumpak . ada yang funny , ada yang cenggeng , ada yang manja , ada yang mengada , ada yang tak tau malu , ada yang entah apa apa , ada yang alim , ada yang suka mengusik , ada yang banyak cakap , ada yang pendiam dengan macam macam perangai lagi laaa . jenuh aku nak list . tapi dalam banyak banyak perangai tuh . alhamdulillah ! kami semua okay . takdak kes gaduh gaduh , masam masam muka atau kes barang hilang lagi lahh setakat nih . semua baik baik belaka . susah nak jumpa ohh member kamceng camnih . malam malam kami makan maggi ramai ramai . kadang kadang time malam  kami tutup lampu , berkumpul dekat tengah tengah , sembang sembang , gosip gosip dalam gelap . guess what ? chineese , indians dengan malays boleh sembang and gosip sekali kot time tengah malam . haha ! cuma budak2 dorm B2 jaa buat perangai macam tuh . dorm lain mana ada yang buat macam kami nih . 1 malaysia . sampai ada sekali tuh cikgu jaja mai melepak sekali dengan kami time packing barang nak balik bercuti . dia kata syoq dok sembang dengan kami . tambah tambah cikgu jaja siap mintak  tolong aku  cari uban dekat kepala dia lagi kot ! memang jadi qeja sungguh .

dah habis cerita pasai B2 . nak cerita pasai cikgu pulak . okay dekat sini ada dalam 40 lebih jurulatih .cikgu cikgu kat sini semua tough tough belaka baq hang ! even dah tua sampai beranak cucu tapi still maintain macam 40 lebih . maybe sebab jadi jurulatih nih kena banyak bersenam kot .dekat sini ada dua orang cikgu laki muda yang tak kahwin lagi . dalam umur 26 camtu laa . dua dua hensem * okay gatai * sorang kompeni B ( kompeni aku okay ! :p )  , sorang lagi kompeni C . yang kompeni C tuh muka dia iras iras pelakon zack  x factor yang pelakon tuh  haaa .

lebih kurang camnih laa muka cikgu tuh . cuma dia gelap sikit jaa . 

lepas tuh , ustaz askar kami pun hensem gak . ustaz tuh kecik kecik tapi tough . nampak macam budak lepas SPM pun ada . padahaii umuq dah 23 . aku suka dengaq ustaz nih bagi tazkirah lagi dari ustaz end then . ustaz nih dia macam funny laa . kalah ustaz yang qis suka tuh . muehehe . much much better . ustaz ada cerita pasai adik dia . dia kata adik dia muka macam korea . la nihh duk kat matrik . adik dia pandai laa selalu dapat 4 flat . entah betoi ke tidak aku eja tuh . dia habaq kat kami suruh isi borang jadi adik ipaq dia . haha . takdak kejaa sungguh . 
kesimpulannya cikgu 2 orang tuh + ustaz , ramai yang berkenan kot . aku tak ehh , aku tak suka sangat orang yang banyak peminat nih . 

walaupun baru duduk sebulan dekat situ . aku dah 3 kali kena denda . denda bukan sebab apa pun . sebab dorm tuh laa . prinsip kat sini kalau sorang buat silap , 1 dorm kena denda  . nasib baik aku tak jadi ketua dorm . kalau dak mampus nak menjawab dengan encik zaki tuh haa . nak cerita pasai encik nih pulak . encik nih pun actually dah tua . tapi maintain hensem . dengan badan tough , rambut botak teroih . encik nih takdak laa garang sangat walaupun dia ketua unit disiplin . still boleh buat joke dengan dia lagi kot .dia cuma garang bila orang tak berdisiplin jaa . ya lahh , dah nama pun ketua unit disiplin . tapi kan , dalam banyak banyak en.zaki paling famous dekat kem DPR tuh . lagipun encik nih peramah sama . dia suka tegoq pelatih pelatih kat situ . tanya macam macam laa like orang mana , dah makan dll . tapi bila dia jerit mau tau ahh , duduk sebatu pun boleh dengaq . pakat kecut perot habeh ! . bila sembang dengan dia , dia okay jaa . lagipun encik nih sporting kot . ada sekali tuh , ramai pelatih nak dia naik atas pentas buat gaya lagu 1 malaysia dengan IM4U . cuma ada time dia series , ada time dia boleh buat kawan . 

No comments: