all about MR RED


                                                              Assalamualaikum .....

hari nih dekat sekolah macam besa besa jaa . cuma geram sikit sir lepas bagi balik lambat sangat . errrrr ' tak dan nak meng'usha' MR RED tuh . ( aku malas nak mentioned nama , yang tau tuh taulahh ) . dah la kemarin nih dia punya last day .

bukan aku tak nampak langsung dia hari nih , dia duduk kelas seberang jaa pun . masa cikgu mengajaq BM dengan maths aku bukan fokus sangat . aku tengok kelas seberang nuhh . ( sorry lahh cikgu , hari tuh kali terakhir saya tak fokus dalam kelas :D )

nak preview balik cerita lama . ( kot nanti anak cucu aku boleh baca apa yang nenek dia gedik sangat :P )

p/s : better tak payah baca . aku nak mengarang esei nih . boleh juling mata sat g :)

first time aku perasan kewujudan dia time aku rushing rushing nakpi toilet . tak silap aku hari yang sama masa watikah pengawas pss . masa nak keluaq tuh aku sorang sorang , memang kalut gila ahh , tak perasan pun MR.RED ada kat situ . hampir hampir nak terlanggaq ja . aku just cakap sorry , lepas tuh blah . dia pun senyum jaa . masa tengok dia senyum tuh kot , aku tersuka dekat dia .

lepas dah tau macam macam pasai dia , aku pun macam tertarik lahh sikit .
lepas tuh , ada yang cakap dia smoking . aku memang tak suka orang yang hisap rokok nih . terus macam tak berapa nak minat dah . tapi beberapa hari lepas tuh , aku nampak dia duduk dekat kawasan rumah aku jugak lahh . kiranya silap orang . terus suka balik :) . sebab tuh kekadang aku pi sekolah awai . ada motif sebenaqnya tuh . tapi lepas nih p lambat balik lahh .

tak lama lepas tuh , time tadarus . fifah cerita yang ada budak kelas dia nampak MR.RED dekat pasaq malam . siap ada bini dengan 2 orang anak kot tak silap aku . tapi kali nih , aku tak percaya pun . takut macam orang cakap dia smoking dulu . tengok tengok apa yang aku percaya tuh betoii . memang fitnah jaa semua tuh , takpun silap orang .

masa time bebudak form 2 lawan bola tuh , aku lepak lepak berdua dengan waney . kalau ikutkan aku nak naik kelas . malas nak tengok bola . tapi , kesian pulak kat waney sengsorang . lepas tuh , tiba tiba dia mai sambil makan kuaci pulak tuh . dia mai berdiri sebelah aku . aku pun dah rasa lain macam . dia kata ' buat apa nih ? ' . sambil dok buat muka serius dia . aku ingatkan dia nak marah . aku pun kata lahh tengok bola .
lepas tuh dia senyum . comel kot . waney pun cakap dia comel . lepas tuh dia tanya pasai pakwe kat aku 2 hingga 3 kali . aku punn ' errrrr , mana ada ' . lepas tuh dia kata ' pakwe main bola ka ? ' aku punn ' ehh bebudak form 2 tuh . ' .  lepas tuh dia senyum lagi . boleh cair kot aih . aku pun time tuh taktau nak cakap apa . memang aku tak expect pun yang dia nak mai tegoq aku . lepas tuh , tetiba waney  jerit  'goll ' . aku pun pi lahh kat waney . biaq dia duduk sorang sorang . lepas aku buat taktau tuh dia terus blah . seriously , aku taktau nak cakap apa dengan dia time tuh . rasa lain macam sikit jaa .

lepas tuh , setiap kali aku jumpak dia . aku bagi salam . acehhh , nak tunjuk baik lahh kononnya . ada dua kali tuh , aku bagi salam . lepas tuh dia angkat kening sambil jawab . aku pun macam ............ wahhhhhh !
kali kedua dia tegoq aku time duduk dekat longkang . aku saja dok bersidai dekat longkang sambil duduk macam gambaq kat bawah nih . ( lebih kurang lahh , kaki macam tuh .tangan lain sikit ) .
lepas tuh dia lalu , dia kata ' aiii , syoq ka duduk macam tuh ? ' aku buat derk jaa . lepas tuh dia tanya buat apa dekat sini . aku jawab lahh study sejarah . lepas tuh dan lahh borak borak kejap . time nih aku tak jadik blur nak cakap apa macam dulu .

 kemarin pulak . aku pi keluaq dengan zera . ingatkan dia da balik . lepas tuh selisih pulak . aku pun just senyum ja lahh . kami dua pi beli cucuq cucuq dekat kedai depan tuh . masa masuk dalam sekolah tuh , selisih lagi . aku saja buat buat tanya dah nak keluaq dari sekolah ka ? ( aku edjust sikit ayat tuh , baru sesuai dengan cerita )
dia kata ' ha'ah hari nih last , nanti tak datang dah ' . dia senyum lagi . kalau dia senyum boleh bagi cair ohh . cara dia cakap pun lembut jaa .
lepas tuh , aku pun kata ' ohhh , ok babai  '
sambil dia jalan tuh , dia kata kat aku , ' yang tuh , taknak kasi sikit ka ? '
aku pun ' errr ' takleh takleh '
dia maksudkan cucuq aku beli tuh laa . aku tengok cara dia bukan macam nak mintak betul betul pun .
lepas tuh , aku macam menyesai pulak . sebab kinah kata " asal tak kasi kat dia ? kot nanti dia ingat kat hang sebab cucuq karipap tuh ka "
alamak ! dah terlambat .

ada sekali tuh , aku nampak macam dia buat buat tidoq . dia letak tangan dia atas kerusi , lepas tuh dia letak kepala dia . ( imagine sendiri lahh macam mana :P ) . muka dia nampak macam baby kot time tidoq tuh . series cute . masa aku nak lalu tuh dia terus terjaga . nak control macho lahh tu agaknya .

( anak sapa taktau , aku kebas :D )

tak silap aku lahh kan , member aku yang tau pasai MR.RED nih just berapa orang jaa . aku cuma cerita dekat zana , zera , waney , atie , syaz , atikah dengan qis jaa . yang peliknya tuh , ramai yang dok tanya tanya pasai MR.RED tuh kat aku . aku pun macam bengang jugak lahh . kalau boleh , aku taknak kecoh . aku cuma cerita dekat orang yang rapat dengan aku jaa . tapi , mulut manusia biasa lahh . bukan boleh tutup pun . yang paling aku rasa malu teramat time dia masuk dalam kelas . tambah tambah mulut hingaq wan tuh , habis satu kelas tau . aku bukan cerita pun kat wan tuh . tapi ada lahh antara 7 orang tuh yang pi habaq kat dia . series time tuh automatik aku rasa sejuk semacam . kalau orang lain , maybe muka depa blushing sebab malu . tapi aku pulak tak , jadi sejuk satu badan terus . tapi takpalahh , zera dah nasihat kat aku suruh tapis tapis dulu sebelum nak cerita kat orang . takut tercerita dekat orang yang tak sepatutnya . 

sehari sebelum dia nak keluaq tuh , aku dapat mimpi buruk pasai dia . memang menyeramkan jugak lahh mimpi tuh . taknak lahh cerita . tapi aku rasa yang tuh cuma mimpi . entah macam mana aku boleh tertidoq pulak lepas asar tuh , sebab tuh dapat mimpi yang pelik pelik kot . zana cerita kat aku yang dia pernah nampak MR. RED pakai cap . tetiba dia cakap comel pulak ( pakwe dia letak mana taktau ) . mula mula tuh , zana bukan suka sangat pun dengan MR.RED sebab dia pernah marah zana sekali . terus dia meluat .tapi bila nampak yang MR.RED tuh pakai cap , dia pun terpikat jugak . lepas tuh ada pulak budak budak kelas aku cakap yang dia nampak macam sombong . aku rasa dia tak sombong pun . dah depa tak cuba kenal dia  , sebab tuh kata dia sombong . ( macam lahh aku kenai dia sangat :P ) . tapi bila dah kenai dia tuh , aku rasa macam dia nih jenis peramah jugak lahh . kalau tak , takkan dia tegoq aku kan ? . tapi ramah ramah dia tuh , dia garang jugak ohh . tapi aku tak pernah tengok lagi lahh rupa garang dia tuh . :)

ada sekali tuh , aku nampak dia pakai jeans . smart gila ohhh . ( dah laa smart , gila pulak tuh ) :p  . hehehehe  abaikan . tapi aku suka lahh perfume dia . first time aku suka perfume lelaki . dulu waney pernah pakai perfume lelaki , tapi bau dia besa besa jaa . nanti nak pi carik lahh perfume tuh . XD . 
tadi pun aku carik fb dia untuk kali yang ke berapa ntah . still tak jumpak jumpak . aku just ada e-mail dia jaa . kot ejaan aku tak berapa nak betoi kot . tapi , takpa lahh . dah takdak rezeki nak buat macam mana kan ? 

ada 1 pagi tuh , aku suruh abah aku hantaq naik keta . sebab hujan . hantaq jer lahh . balik tuh , abah aku suruh naik bas apek atau city liner . aku pulak nak naik city liner . kot dapat tengok dia ka apa . tengok tengok , nahh dia takmai pun . aku naik sengsorang . kalau lahh aku tau , baik aku naik bas apek , cepat sikit sampai . 
masa hari khamis bila entah ( yang aku ingat hari kamis ) , aku teman waney pi pekan nakpi beli beg dia . sebelum pi tuh , nampak lahh dia dok tunggu bas dengan baju merah dia tuh . bila dah beli beg tuh , aku ajak waney pi stesen bas . makan nasi ayam ka apa sambil mata tuh melilau cari kelibat dia . tapi , tak nampak punn . bila nak hantaq waney balik tuh , nampak bas tuh rosak . dok bersidai depan stesen bas kat sekolah . maybe dia balik naik teksi lahh tu . nak buat macam mana dah takdak rezeki ..

masa nakpi cinta sayang 3 hari tuh . aku harap sangat dapat tengok dia sebelum pi sana . tengok tengok nampak . even selama nih aku keluaq rumah pukui 6.50 tak pernah nampak pun dia . tapi alhamdulillah pagi tuh aku nampak dia . masa first day kat sana , aku macam nampak kelibat dia . tapi aku rasa bukan kot , maybe perasaan aku ja tuh . tengok tengok betoii . memang dia . dia tolong cedok lauk kat budak-2 pompuan . aku pun beratur jer lahh tunggu giliran . budak budak pompuan yang beratur depan aku nih macam banyak songeh jaa . yang nih tak cukup , yang nih terlebih and macam macam lagi lahh . sebab malas nak tunggu , atie ajak aku pi kat cikgu ros . kat cikgu tuh takdak orang pi pun . maklumlahh semua pakat tunggu MR.RED . buat derk dah lahh . 

tapi apa apa pun , mungkin ada hikmah dia jugak bila dia takdak nih . ( padahaii aku lalu depan umah dia , dia ada lagi ) . ya lahh , boleh aku fokus sikit dengan SPM yang tinggai berapa hari ja tuh . lagipun nih jugak kali pertama aku jadik berani dengan orang yang aku admire . selaloonya kan , kalau aku bengang kat sapa sapa . kalau aku tengok muka dia . terus hilang rasa bengang tuh . bak kata orang sejuk mata memandang . lepas nih , aku nak menghadap muka sapa pulak ehh ? cikgu rafi pulak kot . XD 

taknak lahh cerita banyak banyak , aku pun ambik masa dua hari nak mengarang esei nih pun . selebihnya , biaq aku simpan sebagai memori . agak agak kalau aku hantaq esei nih kat cikgu sofiah dapat apa ehh ? dah laaa perenggan tak seimbang . kesalahan bahasa pun berlambak nih . heheheheh 




tadi aku baca blog kak irine . lama tak usha blog dia . tup tup dah kahwin dah . dah 3 bulan dah pun , aku lambat updated .  awai jugak dia kahwin kan ?  . umur baru 20 . aku follow blog dia since dia bujang lagi . laki dia pun not bad . bak kata orang , bagai pinang dibelah dua . sweeeet gitu . hope diorang bahagia sampai ke syurga lahh . ( ok tak ayat aku ? ) . aku terbaca bawah blog dia tuh dia tulis camnih 

 " masa hadapan adalah milik mereka yang percayakan pada keindahan mimpinya  "

okeh . lepas nih aku pun kena percayakan mimpi aku jugak :D ( jangan ditanya apa mimpi aku . heuheuheu) 



( kalau nak dengaq lagu nih , better tutup dulu lagu sedih kat bawah :p )

motif aku letak lagu nih :
aku rasa lagu nih ada kena mengena dengan aku . cuma part yang last last tuh jaa yang takdak kena mengena . aku kerja pasang lagu nih dekat rumah , sampai ibu aku kata nak temuntah dah dengaq . macam takdak lagu lain ja . nak buat macam mana kan , dah lagu nih jaa macam ada kena mengena dengan situasi aku sekarang .  


No comments: