i want someone like this (◡‿◡✿)

hamboih . sejak dua menjak nih title blog aku kerja tulis ayat omputeh ja haih . speaking pulak aku nih . entah betoi entah tidak ayat omputeh aku tuh . maklomlaa grammar berterabur sikit . sorry laa noh . 
cer tengok blog aku nih . perasan tak yang blog nih lain sikit ? tapi tema dia still ' pink ' lah . haha . padahaii aku prefer kaler merah lagi . tapi kalau letak kaler merah jap gi . sakit mata pulak nengoknya . letak pink pink cenggini baru rasa jambu sikit . ehh ? tapi kan header yang aku guna nih bukan aku buat okay ! aku cilok blog sapa entah . shhhhh ! :p 
ingat nak buat header lahh , tapi font pulak tak lawa . hmm kena download 1 hal . takpa lahh minggu nih aku try buat header balik . dah lama tak buat . entah menjadi ke tidak . maklomlaaa tangan aku dah jadi kayu lately nih . keraih jaa tangan ,  kalah askar :p

hari nih nak cerita pasaii ciri ciri calon laki yang aku berkenan . ngehngeh . nampak kegatalan dan kegedikan aku dak di situu ? hoho 
penyakit gedik + gatai nih terjadi since aku baca novel sebenarnya saya isteri dia ( SSID ) bulan lepas . actually novel tuh pak tam aku dah beli since tahun lepas lagi . cuma aku ja tak pi baca . tengok bukunya pun tebal semacam ja nak baca . tapi bila dah keluar tv drama SSID nih teroih minat nak baca . 
kalau boleh laa kan kalau boleh laa kan . nak husband yang gambar kat bawah nih . 
nak yang baju ungu muda yang tingi tingi tuh boleh ? haha :p
sejuk mata haih tengok dia pakai baju melayu XD

sapa yang tak kenaii dia sila google . krehkreh . nih pakwe tak jadi aku . tak jadi tuh pasai .................

sebulan lepas masa dok pulun pulun baca novel SSID tuh . aku dok terbayang muka dia nih haa . sampai pernah terjadi gambaq dia penuh dalam phone aku . lock screen gambaq dia wallpaper gambaq dia . lepastuh sampai laa satu tarikh tuu . tarikh 3/5/2013 * punya aku ingat detik sejarah tuh . haha *
aku bukak twitter pagi pagi buta tuh . lepastuh ternampak 1 retweet dia . dalam tweet tuh katanya dia nak kahwin dengan manager dia yang lebih tua dari dia . hmmm . time tuh tobat ahh takdak mood teroih . dia baru announce yang dia nak kahwin malam sehari sebelum tuh . aku punn lepastuh delete habih aaa gambaq gambaq dia yang ada . tak silap aku dia dah bertunang dengan manager dia tahun lepas . and akan kahwin 2 jun nih . diorang dah in love 5 tahun rasanya . mau aku tak padam gambaq gambaq dia habih . tunang orang ohhh . gila ka hapa simpan gambaq tunang orang . ramai gak ahh fans dia yang bengang sebab tak kasi tau status dia sebagai tunang orang awai awai . 
okay . past is past . sekarang aku dah kurang minat kat dia . hopefully dia bahagia dengan siapa pilihan dia . tak perlulahh nak condemn sana sini , tak puas hati ka hapa . mungkin itu jodoh dia . so , terima kenyataan . 
nichkhun ada lagi . heuheu 
now back kepada topik asal .
kalau boleh la kann , kalau boleh laa kan , kalau boleh laa kann . aku nak kriteria lelaki macam nih nak buat laki . 

  • ketinggian : bab nih aku tak peduli sangat . 
  • warna kulit : kalau boleh la kann , aku takmau yang putih tersangat sangat . nampak benor bezanya dengan kulit aku yang gelap nih . ngehngeh 
  • umur : taknak yang terlalu tua dan taknak yang terlalu muda . beza 1-10 tahun camtuh ok lah kot . 
  • rupa paras : tak kesah sangat laa . 
  • berat badan : okay !  ini isu sensitif . biaq aku sorang ja yang tau :)
  • rambut : tak kesah jugak . sebab kekadang aku suka gak yang botak . kekadang aku suka gak yang pacak . so , rambut tuh yang penting sesuai dengan muka laa 
  • no jambang okay . geli kot . janggut tuh okay ja sebab sunnah . kalau misai . hmm akan dipertimbangkan . 
  • ada kerja tetap . sebab aku suka shopping . hoho . baik mengaku awai awai . aku kalau keluaq shopping , kekadang bab makan pun hampir lupa . tapi aku bukan jenis yang shopping sampai habeh beribu riban sebulan . aku selalu buat list dulu . yang mana aku berkenan sangat sangat tuh aku beli dulu . yang lain pulak tangguh next month .
  • kalau boleh nak yang tough tough laa . macam izzue gambaq kat atas pun okay . sebab nanti , aku ada misi nak bagi husband wanna be jadi gemok depan mata aku . krehkreh . so , kesimpulannya nak bagi dia gemuk , aku kena belajaq masak . takkan nak bagi makan kek ja kot hari hari 
  • yang paling penting sekali mesti ada agama . mesti pandai mengaji . kalau dapat yang kaki masjid lagi aku suka . sebab kekadang kan , aku suka tengok lelaki yang pakai baju melayu + kain pelikat + kopiah + selipar . taktau pasaipa . tapi yang pasti rasa sejuk ja mata memandang . 
  • harta : aku tak kesah sangat benda benda nih . aku bukan materialistik sangat pun . harta bukan boleh bawak masuk kubur punn . yang penting happy .
  • say no to yang hisap rokok and dadah . even shisha sekali punn . ceq tak sukaa ! >.<
  • nak yang sweet sweet macam novel . ( tak wujud aku rasa )
well well well . yang tuh ja la kot . yang lain lain tuh biaq aku dah laa yang tau . nampak sangat kann aku nih terlalu memilih . kalau aku nak sebijik sebijik macam list nih komfirm takdak . alamatnya aku bakal tempah tiket jadi andartu lahh kalau choosy sangat kann . tapi nih cuma kehendak aku jaa . kan ada tulis " kalau boleh " kat atas tuh . tak semestinya akan dapat punn . tapi jodoh tuh semua di tangan Tuhan . 
selalunya hat tak berkenan tuh nak dapat sangat kann . tapi kot mana pun bagi aku perkara yang paling penting adalah agama . kalau takdak agama . lagu mana nak bimbing aku nih haa . aku nih punn bukan lahh betoii sangat . nak kata baik sangat pun tak , nak kata jahat sangat pun tak . so , i just need someone who can guide me to be a perfect muslimah :) insyaAllah . if Allah wills  it . * cer cheq ada grammar mistake tak ? hentam kromo ja nih :D *

my future husband please take a note ! :D

krik krik krik


No comments: