Minggu Pertama di Universiti

                                                                     Assalamualaikumm..

aku nak share sikit lahh pengalaman aku sepanjang dua minggu di universiti. k untuk makluman aku dapat kos IT kat UUM. kos aku tuu nama spesifik dia Bachelor of Sciences ( Information Technology) Bsc.IT . kira dekat sini aku amek degree lahh sebab dulu kan aku masuk matrik perlis tuu . so , kira jimat masa sikit . setakat yang aku tau , UUM ni just terima student degree dan ke atas. no diploma no asasi hokeyy! 

macam biasa 4 hari pertama kami ada minggu suai kenal means orientasi lerr . opss lupa nak habaq aku dapat DPP Bank Muamalat . DPP tu maksudnya Dewan Penginapan Pelajar. Yang specialnya dpp aku ni adalah satu satunya dpp girls only antara 15 dpp . kalau dpp pompuan tuu dah boleh agak lerrr cemana kann..... yang untungnya dpp aku dalam UUM dan just amek masa 5 minit jaa naik bas ke kuliah. Pastuu dpp muamalat ni jugak dekat dengan pusat koko , golf , pusat sukan , markas palapes , suksis . oh yaa , aku masuk palapes dohhh! tidaknya nak masuk suksis . entah caner ada abang senior pengaruh aku masuk palapes lak . tapi aku memang suka aktiviti lasak lasak masuk hutan ni semua . kalau suksis dia tak ganas sangat . kekekeke

pastuu kalau nakgi kuliah , ada bas macam rapid kl pihak uum sediakan. free sajor! dan ada bas ke changlun , itu pun free gak . huntung kan? dahler dalam uum ada mall . nama dia varsity mall . takdelahh besar mana pun, tapi bolehlaa dari takda kan.
minggu ni masih dalam minggu add/drop week . memang minggu busy sikit . dengan nak cari kelas tak jumpa , terkejar bas sana sini , turun naik fakulti/ HEA nak add drop punya pasal . memang minggu ni agak serabut sikit . kelas pulak bercampur bukan dengan orang yang sama . sebbaik jadual aku sama sebijik dengan roomate aku ni haaa . bersyukur sangat takyah kalut nak cari geng macam orang lain . kebetulan jiran depan bilik pun jadual sama gak cuma dia kelas ecom tak sama dengan kami.

ceritaa pasal rumate lak , yang paling lawak tuu bila dapat rumate kawan sendiri zaman metrik dulu. kenal dulu memang kenal. tegur gitu gituu dan takdalaa rapat sangat. kenal sebab kami masuk citrawarna time dinamika dulu , kira oklahh rumate dengan orang yang kita dah kenaii kan. dah ler course sama , jadual pun samaaa kot! tambah lagi besday pun selang sehari jaa . kalau aku 21.3 dia 20.3. dah dua dua anak sulong , sekepala gak ahh . hahahaaha pastuu dua dua orang utara . dia penang mariii . alhamdulillah sangat sangat legaa tak dapat rumate yang aku tak berkenan............
tapi untuk sem 1 je lahh kami serumate . harap sem depan aku dapat rumate yang ok ok saja. yelahh sebab aku kan masuk palapes . sebab sesapa yang join palapes @ suksis kena tukar dpp . macam palapes kena pindah pi dpp bsn . kalau suksis ke yab. kena berpindah randah lagi aku pasni , kira aku akan stay dpp bsn start sem dua sampai habis degree. senang kan diorang nak buat aktiviti dah semua setempat. dan yang paling penting kami dikecualikan dari diapung! yeayyy .. takmau ahh dok kat Bukit Kachi..
THAT'S ONLY FOR TODAY . NANTI SAMBUNG LAGI DENGAN ENTRY BERGAMBAR! CEQ MALAS NAK CONNECT USB. HIKSSSS

1 comment:

Anonymous said...

Belajar Degree(it) berapa tahun sis